Perancangan di buat 2 minggu sebelum tarikh bertolak ke lokasi Janda Baik Pahang. Ia bertujuan memudahkan perancangan jadual kerja dan aktiviti santai dan mandi manda kami nanti. Anggaran 30 orang rider FoodPanda Putrajaya akan mengosongkan jadual kerja pada 27hb Oktober 2021 nanti (alamat koyak lah rider yang kerja hari tu). Lokasi berkumpul rider semua di Lokal Burger, Presint 3 Putrajaya.

Walaupun pagi tu hujan agak lebat, setelah semua rider semua ada, jam 9.30 am apabila hujan telah berhenti kami semua mula berconvoi ke lokasi di tuju. Perhentian pertama kami di stesen minyak BHP selepas tol Gombak.
Setelah memastikan semua rider ada, mula bergerak ke lokasi seterusnya iaitu R&R Genting Sempah.
 |
| Isteri aku pun ikut sekali daaaa. |
Kemudian ke lokasi berikutnya Warong Janda Baik dengn tujuan nak oder makanan bungkus untuk makan tengah hari nanti.
Sudah selesai di Warong Janda Baik, apa lagi bergerak ke Riverside lah lokasi terakhir. Motosikal bayaran parking RM 2 sebiji, pondok tepi sungai kami ambik 2 unit sahaja, bukan apa buat tempat letak barang-barang, masak air minum dan makan-makan. Kemudian apa lagi aktiviti mandi manda pun bermula, macam-macam aksi ada.
Memang kami semua seronok selama di sana, selepas selesai makan tengah hari hinggalah jam 3.30 pm kami semua bertolak ke lokasi yang tidak dirancang iaitu panjat Genting Highlands tapi sampai cable car sahajalah dalam jam 5.30 pm. Lepas tu ke puncak Genting, pusing-pusing dalam tu sampai nak ke balik tak jumpa pintu keluar, dalam mall genting tu je lah jalan-jalan.
Sewaktu kami sampai puncak, suasana putih dipenuhi kabus tebal, mcam masuk ke alam bunian dah jadi view di luar tidak berapa nampak sangat. Jam 6.45 pm kami semua kena turun semula, jadilah walau pun tak lama. Suasana mula gelap sewaktu menuruni genting sambil layan lep walaupun tak puas layan lep tu, kami semua tiba di R&R Genting Sempah dalam jam 7.15 pm.
Kesemua rider meneruskan perjalanan pulang ke Putrajaya namun aku bersama family meneruskan penginapan di chalet Riverside untuk 1 malam lagi. Cuaca malam di situ memang sejuk, nasib baik aku ambik bilik yang hanya menggunakan kipas siling sahaja, tu pun dah mengigil.
 |
| Parking moto aku depan chalet, tak berani letak jauh-jauh weee. |
 |
| Biarlah gambar yang berbicara 😌. |
Pada ke esokan paginya anak-anak aku lepas sarapan dan terjun balik sungai, biyarlah mereka mandi sepuas-puasnya. Aku bersama isteri ronda-ronda sekitar Kampung Janda Baik dengan motosikal mencari port sarapan pagi dan tengah hari punya. Memang banyak, macam-macam menu ada dari menu kampung hinggalah menu indon Madura 😆.
Mandi pun dah puas, jadi masa untuk pulang ke rumah semula. Dalam jam 2 petang setelah menyerahkan kunci chalet, kami meninggalkan Riverside dan yang pastinya kami akan datang kembali di lain waktu nanti. Apa-apa pun memang terbaiklah ride kali ni.
1 comment:
Terbaik
Post a Comment