Setelah 4 tahun berkhidmat tanpa jemu kuda merah ku dah macam-macam masalah dialami, maka berehatlah NMax ku. ODO dah cecah 187105 km memang dah cukup jauh perjalanannya. Lepas ni jalan dekat-dekat sahaja pergi surau, kedai runcit atau pusing-pusing sekitar taman perumahan, sekadar memanaskan enjin sahaja.
![]() |
| ODO NMax dah jauh sangat jalan. |
Semasa dalam tempoh PKP maka terjumpalah dalam youtube, masa itu WMoto dan SYM tengah launch 2 unit model ini, aku paling tetarik model Xtreme 150i tu. Sejak dari hari tu aku jatuh cinta. Pada masa itu tak banyak info dapat pasal moto ini. Nekad untuk pergi mencari model ini di kedai moto area Bandar Baru Bangi, setelah jumpa rupanya belum ada di kedai lagi, jadi kena booking dulu. Kebetulan lepas booking lockdown ke 3 diistiharkan seluruh Malaysia. Habis sahaja lockdown moto yang aku nak tiba di kedai (SH Bikers Sdn. Bhd).
![]() |
| Tu dia, masih berbungkus lagi |
Selepas selesai buat agreements dengan kedai, bermulalah episod tungangan Xtreme 150i ku. Harga kosong moto ni RM 9,588.00 sahaja. Kalau masuk cukai jalan dan insurance jadilah dalam 10k++ lebih gitu.
![]() |
| Lama dan baru ku. |
Setelah 1 bulan lebih pakai, ODO dah cecah 5k lebih rupanya baru aku tahu, timer injection dia tak normal (turun naik dia punya bunyi enjin masa natural). Mati-mati aku ingatkan itulah rupa bunyi dia. Sejak ambil dari kedai itulah rupa dia bunyi, macam kuda bernafaz daaa lepas pecut.





No comments:
Post a Comment