FoodPanda Putrajaya Ride To Cameron Highlands

Ride untuk kali ni desertai oleh rider-rider dari FoodPanda, GrebFood, Shopee, McDonald's dan Lalamove sekitar Putrajaya, Dengkil, Cyberjaya dan Bangi. Tarikh 29 dan 30 Mac 2022 menjadi pilihan (2 hari 1 malam sahaja) anggaran pergi dan balik dari Putrajaya ke Cameron Highlands. Walau bagaimana pun trip kali ini terpaksa DIBATALKAN disebabkan pihak organizer program ada yang menjalani kuarantin kendiri di rumah, jadi terpasalah dianjak ke tarikh lain yang akan ditentukan kelak (Sabo je lah ya).

Indahnya ciptaan Tuhan.
Akhirnya tarikh terbaru untuk ride telah ditetapkan pada 5 dan 6 Ogos 2022 tetapi lokasi telah bertukar tempat lain iaitu Ulu River Lodge, Sungai Ulu Geruh, Gopeng Perak. Seramai 20 orang yang terlibat dalam ride kali ini. Semoga semua bergembira di sana nanti, kita lupakan seketika urasan mencidok untuk 2 hari itu. (Kebetulan kena hari panda mogok seMalaysia)


Ok lah selamat ride ke sana semua, selamat pergi dan balik sepanjang perjalanan. Tempat cantik dah jangan buang sampah merata-rata ya :-)

No comments:

Search This Blog