Bermulanya Langkah Baru Dengan Langkah Pertama Dulu

Super Trader

Semangat aku untuk terus menambah ilmu berkaitan trader terus membusk-buak apabila aku kena brack dengan sistem Foodpanda masa nak ambik oder di vendor ioi, down jugak kejap aku walaupun 10 minit kena break.

Bila di hitung semula, sudah setahun aku buat kerja delivery ni di Putrajaya. Banyak benda yang tak dapat buat seperti sebelum-sebelum ini seperti :-

  • Tak dapat solat berjemaah di surau.
  • Tak dapat ikuti kuliah maghrib di surau.
  • Tak dapat bersihkan halaman rumah.
  • Nak cuti tarikh sesuka hati susah dapat.
  • Tak dapat ikuti kelas mengaji dewasa di Masjid Besi Putrajaya.
  • Masa untuk bersama keluarga kurang.
  • Solat fardu kerap sangat fail lah.

Jadi aku perlu lakukan sesuatu, lagi pun umur aku semakin meningkat pulakkan nak berterusan kerja sebagai rider, berapa lama sangat boleh tahan badan ni.


Sebelum virus carona melanda dunia, keraplah Aku dengar iklan di radio Sinar FN pasal labur saham bersama DDNK, agak berminat aku jadinya. Setelah pendam agak lama akhirnya bulan Ogos 2020 aku daftar untuk kelas online bersama DDNK di zoom.


Maka para 15/8/20 bermulalah sesi pembelajaran online aku bersama DDNK dari 8 pagi hingga 5 petang. Tempoh sebelum bermulanya kelas seminggu jaraknya, maka masa yang ada aku menonton video² Dato' dan live FB Hanif Cak Cak sebagai persediaan.

Sesi online bersama DDNK.

Jadinya faham lah aku macam bergeraknya seorang trader, banyak juga ilmu yang dapat walhal aku kosong ilmu saham ni. Timbol lah semangat baru nak terjebak dalam bidang ni, tapi nasihat dato' cari ilmu dulu baru boleh, jangan terjah je nanti tersungkur teruk.

Sesi ke-2, ilmu disampaikan lebih power.

Setelah sesi diskusi dengan DDNK selesai, minat aku semakin mendalam. Bagi yang ingin mendalami ilmu ini, DDNK menawarkan 3 pakej hebat yang memerlukan bayaran antara 2k hingga 6k. Bahagian ini aku termenung seketika, mana aku nak cekau wang sebanyak itu sekarang.

Aku ikut nasihat DDNK kalau tidak mampu belajar sahaja dari YouTube yang askar² mereka sediakan di FB. Aku akur, apa perlu buat, trade menggunakan demo dahulu sebanyak 60 kali, kemudian lakukan mini trade, setelah mahir baru trade guna wang sebenar. 

Sesi online class BURSA

View melalui Roadrunner : Sambil bekerja sambil mendengar
dengan tenang di telefon bimbit sahaja.


Tarikh 23/9/20 aku telah berjaya mengaktifkan semula akaun CDS CiMB yang aku buat 5 tahun dahulu, dengan tidak semana-mana seperti ada kupu² di dalam perut ku, itu belum aku trade betul² guna wang sebenar. Untuk jangka masa 3 bulan ini aku cuba trade menggunakan demo sahaja, kemudian aku mula gatal tangan untuk trade real, tak banyak pun aku letak dalam akaun cuma RM 200 sahaja untuk trade kecil-kecilan untuk tujuan belajar.

Sekejap profit sekejap lose, tapi yang nyatanya untuk beberapa bulan aku trade kecil-kecilan ni aku memang dah lose RM 185 dah dari wang aku, tapi tak kisah sangat lah yang penting aku dapat belajar dari kesilapan yang dah buat dan tahu macam mana nak trade saham. 


Akhirnya aku daftar juga bank ni.


Pada tarikh 5/11/20 aku mula daftar akaun SAXO Bank untuk tujuan trade pasaran global pulak. Nak main USD memang tak banyak duitnya jadi aku nak main WARRANT sahaja sementara guna modal ciput ni.

Lepas aku dah ada akaun SAXO baru aku tahu, rupanya nak aktifkan akaun tu aku dikehendaki masukkan dulu deposit pendahuluan sebanyak USD 2k, maknanya dalam ringgit Malaysia dalam 8 ribu lebih, mana aku nak cekau sebanyak tu. Jadinya aku biyarkan sahaja akaun tu bergantung tidak bertali.Sampai 1 tahap SAXO dari Singapura ada call aku, tapi aku tak angkat pun, aku tahu messti SAXO nak tanya pasal deposit 2k USD tu. :-)

Untuk perkongsian rakan-rakan pembaca, dari pengalaman penulis sendiri, untuk membuat mini trade sebaiknya jangan buka akaun saham dengan CiMB securities sebab dia punya caj broker fee agak MAHAL sekali trade iaitu RM 8 dikenakan. Kalau setakat kepital dalam 2 ke 3 ratus cepat je habis, tahu-tahu dah tinggal 0.0 sen sahaja.

Kepusan dibuat, akhirnya aku telah buka 1 lagi akaun CDS di M+ atau Melacca Secutities. Dia punya caj broker fee cuma RM 1 sahaja.

Email pengaktifan akaun diterima.
Email pengaktifan akaun diterima dari M+.

Sebagai permulaan, kadar kapital yang aku letak dalam M+ cuma 1k sahaja, untuk permulaan trade. Mulalah aku start trade main secara intraday, beli pagi jual tengah hari atau petang tu jugak, kekadang tu BUY dan SELL dalam masa 1 jam sahaja. Tapi apa yang aku nampak, kalau trade sikit-sikit main ratus-ratus ringgit je, nak profit banyak susah sangat (main intraday) pasalnya profit yang dapat tu nak kena tolak stamp duty, clearing fee, Broker fee, minimum broker fee (lain broker lain caj dia) yang untung besar remisier broker. Yang paling tak best, remisier CiMB, dia memang tak bagi kita holl lama-lama saham yang dibeli, mesti dia call, WhatsApp dan sms bagi tahu saham tu dah expired jadi terpaksalah sell. Bila kita sell je remisier dapatlah % dia. 

Jadi aku ubah strategy, main secara swing pulak. Buy dan akan sell untuk beberapa hari, minggu atau bulan, aku akan tunggu dan bersabar untuk sekian masa. Kalau aku sell masa harga dia tengah turun, habislah modal aku nanti, kenalah jaga capital aku tu. 



No comments:

Search This Blog