Delivery Foodpanda Ramadhan 2020 Putrajaya

Ramadhan 2020 merupakan momen pertama aku buat delevery sebagai rider Foodpanda Putrajaya, jam 8 pagi 24/4/20 jadual kerja aku bermula.
 

Oder pertama yang aku dapat dari lelaki India yang tinggal di flet Putra Harmoni block C. 

Waktu pagi memang oder kurang sangat, jadi tempat yang aku pilih untuk tunggu oder masuk di bas stop Precinct 3 depan kedai FamelyMart, oder di sini kencang lah jugak sementara menunggu petang punya oder masuk. 

Port aku tunggu oder belah pagi Putrajaya. 
Purata dapat cidok (ayat rider-rider panda) waktu pagi pada pengalaman aku lah, 10 mesti boleh dapat punya. Tapi itu awal puasalah, nak masuk pertengahan puasa dia jadi 2 jam 1 oder je dapat, memang pisang lah. Ada sampai 1 tahan 6 jam kerja dapat 2 oder je, memang koyak lah masa tu. 

Sementara oder tak masuk, apa lagi tido lah kejap ya. 

Bila tiba waktu petang selepas waktu Asar, masa tu oder mulai laju, bolehlah dapat 20 oder sampai jam 7pm. 

Waktu puasa ni lah macam-macam masalah terjadi antaranya jadual Panda nak ambil sebelah pagi tiada, yang ada belah petang malam sahaja, id rider-rider halal kena block disebabkan lambat bankin panda money, ada yang kena seminggu 2 kali kena block, naya kat member, berpunca dari sistem panda sendiri. 

Masa bulan puasa ini juga timbul geng plastic hitam, memang tak dapat dielakkan terutamanya pada waktu pagi, kedai makan lah jadi sasaran. Sebagai rider Foodpanda kita orang akan terlibat dengan penghantaran mereka-mereka yang tidak berpuasa ini.
 

Cuba teka apa dalam dia? 

Walau macam mana pun masa awal puasa tu aku dengan rakan-rakan lain dah menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah di Masjid Besi yang lainnya tu bayaran secara drive-thru disediakan musim COVID ni, memang sempoi lah.
 

Bersama rakan-rakan seperjuangan.

Memang terasa betullah istilah (normal baru) dalam kebiyasaanya sebelum ni. Bayar zakat dah tak boleh akat guna tangan dengan amil bertugas, mask wajib pakai, apa yang penting cepat, selamat dan mudah kerja. 

Bulan puasa pun aku masih kerja macam biasa, 1 hari layan 10 hingga 12 jam tu dah jadi biasa, bukan apa nak menten bach katakan. Sampai 1 tahap memang letih gila, kalau vendo yang sidai tu terlelap lah jawabnya aku ni (bateri dah habis).
 

Bagi minggu-minggu terakhir Ramadhan, oder boleh dikatakan laju juga, boleh lah aku dapat 30 oder untuk 1 hari bekerja, hati adalah senang sikit. 183 oder aku dapat kutip pada minggu last sebelum raya, Alhamdulillah. 

Aku menang dah rancang awal untuk hari raya punya memang taknak kerja, nak rehat je lah 2 hari ni, lepas tu baru boleh cidok semua, apa-apa pun Selamat Hari Raya Edul Fitri dari ku untuk semua, maaf zahir batin.

No comments:

Search This Blog