Pengistiharan kawalan pergerakan (PKP) oleh PM bermula pada 16 Mac lalu untuk tempoh yang belum tahu lagi sehingga 31 Ogos 2020 akibat peningkatan kes COVIC-19 begitu memberi kesan kepada aku dah rakan-rakan seperjuangan sebagai rider Foodpanda Putrajaya.
Apa yang paling ketara penurunan jumlah tempahan oleh pelangan, rasanya setengah hilang dari kebiyasaanya. Bagi rider yang masih guna skim pembayaran gaji yang lama kiraan jam kerja rasanya masih OK lagi kut berbanding skim SPIO yang hanya dikira per order sahaja, kalau tempahan banyak barulah masukkkk.
Bagi vendor-vendor Foodpanda pula mereka hanya dibenarkan menjual take away sahaja (bungkus) kepada pelanggan. Pihak Penguatkuasa Perbadanan Putrajaya sentiasa membuat pemeriksaan di setiap kedai yang beroperasi dari pagi hingga malam.
Bagi vendor-vendor Foodpanda pula mereka hanya dibenarkan menjual take away sahaja (bungkus) kepada pelanggan. Pihak Penguatkuasa Perbadanan Putrajaya sentiasa membuat pemeriksaan di setiap kedai yang beroperasi dari pagi hingga malam.
Kedai yang selalu penuh dengan pelangan kini kosong. Malah laluan keluar dari Putrajaya ditutup untuk semua kenderaan. Apa yang aku perasan rider-rider Grab Food selambe sahaja lompat divider.
Kebiyasaanya setiap hari jumaat ada solat jumaat tetapi kali ini masjid surau tiada lagi solat berjemaah dan menjadi masalah pada aku hendak solat terutama masa maghrib, jadi mana-mana pondok atau tempat lapang yang bersih jadi tempat solat sekarang.
Kebiyasaanya setiap hari jumaat ada solat jumaat tetapi kali ini masjid surau tiada lagi solat berjemaah dan menjadi masalah pada aku hendak solat terutama masa maghrib, jadi mana-mana pondok atau tempat lapang yang bersih jadi tempat solat sekarang.
![]() |
| Masjid Presint 8 Putrajaya. |
Sudah jadi macam trand pulak di Putrajaya ini, mana lift di kuaters kerajaan ada tanda atau simbol jarak 1 miter antara individu yang menggunakan lift. Group yang buat kerja ni sudah macam seronok pulak.
Bermula 1 april perkhidmatan penghantaran hanya dibenarkan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam sahaja, jadinya pakat-pakat balik rumah lah rider-rider semua ya. Jadi jam 7 malam dalam web Panda tertera temporarily closed oder.
Masuk sahaja minggu ke 3 perlaksanaan PKP apa yang aku perasan di dalam RR rider tertera notis yang pada mulanya memang aku tidak berkenan dengan dia punya ayat.
Mana tidaknya macam lah rider-rider ni tak tahu tentang virus carona, tak tengok TV dan dengar radio, tak tahu langsung info tentang carona ni. Ada sampai 1 tahan tu oder pelangan aku letak atas lantai terus disebabkan tidak disediakan kerusi atau tempat letak barang dah kata "letak pesanan ini di pintu pelanggan" hambik ko nak sangat tanpa kontek.
Bila masuk hari ke 2 baru aku faham yang ayat tu sistem apps panda telah letak ayat tu pada semua pelangan Foodpanda untuk tujuan peringatan pada rider-rider agar utamakan kebersihan dan keselamatan diri.
Apa yang best waktu PKP ni apa bila harga sebotol air mineral water lagi mahal dari harga minyak petrol. Motosikal yang tangki kecik jika bubuh Rm3 (model SYM 110cc) dah melimpah-ruah jadinya.
![]() |
| Sumbangan disampaikan di sekatan jalan raya P14. |
![]() |
| Wira-wira yang tidak didendangkan. |
Apa-apa pun PKP masih dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Kelonggaran PKPB hanya diberikan kepada sektor perkhidmatan yang dibenarkan dengan perlu mematuhi SOP yang ketat.
Kini fasa pemulihan PKPP diteruskan sehingga 31 Ogos, semoga kita berjaya dalam peperangan in.
Rakyat Malaysia jangan lupa kita masih belum menang. Terus patuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Bersambung......
























No comments:
Post a Comment