Perubahan Pasti Berlaku Dalam Beruang Joker Putrajaya

Ukhuwah (Non Halal Putrajaya) yang terjalin selama 5 bulan pada perkiraan bermulanya aku terjebak dengan foodpanda ini akhirnya terlerai juga, gara-gara sistem pengiraan gaji, sistem SPIO dan sistem  batch untuk setiap rider foodpanda.
Rider Beruang Joker Putrajaya. 
Bukan apa ini semua hendak service dalam kehidupan masing-masing terutema yang jatuh batch, nak naik balik semula jam kerja kena tambah, sebaiknya 50 jam ke atas untuk 1 minggu. Jadual pulak tak ada, nak kena ambik jadual luar Putrajaya pulak, memanglah hub banyak buka yang jadi masalah pada fest rider mencedok tempat baru.

Jadi altenetif yang ada buat di lokasi Hot Zones, tukar dari non halal kepada halal atau sebaiknya, terus tukar pada Grab Food atau cedok oder di merata-rata lokasi yang dirasakan banyak oder dapat.

Akibatnya RC terpaksa mengambil rider baru kebetulan pula jadual untuk setiap hap dibuka seluas-luasnya oleh HQ,  jadi banyak nampak muka-muka baru yang berlegar sekitar Putrajaya ini. 

Antar rider-rider Putrajaya yang tukar angin :


Na'im Nazmi, langsung terus cidok hub baru di Banting, lagi pun kawasan kampung dia Bunting tu (40 order 1 hari dalam tangan tu).

Asyraf Hamdah, insan yang paling banyak dugaan dari awal menyertai Food Panda pun sudah tukar main hab di Bunting, dua bulan beliau stop buat Food Panda sebelum ini. Lepas ni jadi King area Banting lah tu. 

Hafiz, Raihan, Fazli, Fahmi dan Faizal langsung berlima berpakat terus tukar HALAL (id pun baru dan sistem gaji baru SPIO), bukan apa senang nanti hendak mencidok di hab luar Putrajaya. Raihan memang patut tukar halal, almaklumlah ya. 30 order mesti dalam tangan lah puak-puak ni, duit cash mesti cecah 1k punya. "Ingat anak-anak ya, Halal dan Haram tidak boleh bercampur ya"......


Apik Sabahan terus balik Sabah kerana ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Awal 2020 baru nak masuk semenanjung semula. Terkini dapat tahu member ni dah jalan GrabFood juga, moga happy hendaknya. 


Farid, si pemburu order terus tukar color bag kepada Grab Food tapi Food Panda masih jalan lagi, bagus juga kalau panda tidak ada jadual on sahaja grab.  Memang lah tengok macam lalang tapi yang penting tidak curi duit masjid atau surau kan Farid.

Maka sesungguhnya tinggal kami sahaja yang kental dengan non halal, tapi dah tak seronok sangat pasal tidak lagi dibasahi hujan bersama-sama, port mereput masa tunggu order masuk pun dah asing-asing. Office lama mamak kembar sudah ditinggalkan, office baru di Selasih kekurangan ahli jadinya, begitulah aturan perjalanan hidup ini. 


Apa-apa pun untuk semua rider geng Beruang Joker; 

Rezeki adalah ujian
Dimurahkan bukan bererti dimuliakan
Disempitkan bukan bererti dihinakan
Dua kunci yang meluluskan kita adalah Syukur dan Sabar....:-)

No comments:

Search This Blog