Memang aku agak excited dengan ride kali ini bersama rakan-rakan seperjuangan Foodpanda Putrajaya. Bertarikh 6 Disember 2019 lokasi dituju kedai Asam Pedas Power Abg Piee mula dari Putrajaya (FN Bistro P9). Jadi hari ini punya ramai rider yang kosangkan jadual kerja untuk shift malam sebab nak pergi Melaka. 😆
 |
| Moto sudah ready. |
Minyak hitam dan minyak gear bagi aku dah tiptop tu, cuma tayar belakang sahaja botak sedikit. Ride Kali ini bertujuan mengeratkan silatulrahim sesama rider jadi permanduannya secara santai-santai sahaja hingga ke distinasi (90km/h).
Antara nama rider yang terlibat :
1. Faizal SU
2. imZairi
3. Fahmie Bangi
4. Raihan
5. Faizal Nuklear
6. Apik Sabahan
7. Fadhli
8. Na'im
 |
| Antara rider kental yang beraksi ke Melaka. |
Maka bermulalah perjalanan kami ke lokasi di tuju.
Sebelum masuk kawasan Melaka penuhkan tangki dulu di Caltex Ayer Keroh belah selatan. Destinas pertama kami ke Mango Float Royale Melaka. Memang sedap air dia, 1 cap RM 5 sahaja.
Sudah habis minum 1 cap sorang, distinasi ke 2 kami ke Masjid Selat Melaka. Setibanya kami di sana memang tepat, suasana lepas maghrib memang cantik view dia. Apa lagi sesi bergambar beramai-ramai geng Beruang Joker, cari view yang cantik untuk kenangan masang-masing. Alang-alang dah sampai masjid tu laksanakan solat sunat Tahiyyatul Masjid 2 rakaat.
Ok jom gerak ke distinasi utama iaitu Asam Pedas Power Abg Piee. Kedai dia sempoi je takdalah gah macam restoran 5 star. Sebelum makan kena pilih ikan dulu untuk dijadikan lauk asam pedasnya. Aku cuma pilih ikan kembong sahaja (jadilah) ada yang pilih pepahat, siakap, pari dan entahlah ikan apa lagi tak tahulah aku. Harga lauk asam pedas kembong aku cuma RM 4.50 sahaja memang ekonomi.
Sebelum aku melantak nasi ada ternampak menu burger di kedai tu, macam menarik je, sebagai pembuka makan oderlah dahulu Zinger Burger name dia, pehhhhhhhh memang merecik rupa dan rasa dia. Harga cuma RM 5 sahaja, puas betul menikmatinya.
 |
| Pehhhhh merecik tu. |
Jadi mana yang tidak oder menu lain tu, ambik kau otak-otak 2 bakul terang mereka-mereka belasah. Tidak lama pun tunggu, akhirnya asam pedas masing-masing sampai satu persatu atas meja. Nasi putih ada yang 1 pingan sahaja (aku lah tu), 2 pinggan pun ada malah 3 pinggan pun ada untuk makan sorang punya hidangan. Ha apa lagi kayuh lah masing-masing.
 |
Asam pedas ikan kembong, kangkung goreng belacan
dan nasi putih yang aku oder. |
Momen-momen kami ketika menikmatinya, macam-macam gelagat kelihatan dan peeel.
Selesai makan semua, masa untuk kami bergerak pulang. Sesi mengabadikan kenangan beramai-ramai tangan bahu ke bahu.
 |
| Selamat tinggal Melaka, nanti kami datang lagi. |
Sebelum memasuki lebuh raya utara selatan, tangki minyak penuhkan dulu di Shell Ayer Keroh. Sebaik sahaja melepasi toll masing-masing memecut 100km/j hingga ke R&R Seremban sebelah Utara. Masa itu baru tahu ada yang tercicir baju, sekeru moto tertinggal terus hilang yang hampir belanggar dengan bas, yang tak cukup minyak (spay dalam botol) yang salah jalan untuk pulang ke Putrajaya dan terpisah dengan convoi.
 |
Berhenti minum panaskan badan sekejap di R&R Seremban. |
Setibanya sekitar Putrajaya kelihatan seperti baru lepas hujan lebat. Akhirnya jam 1.20am aku tiba di rumah dengan selamat, alhamdulillah. Terima kasih sahabat Beruang Joker semua untuk ride ini. Nantikan next ride 3.0 selepas ini :-)
1 comment:
Terbaik
Post a Comment