Aku Rider Foodpanda

Setelah meninggalkan bidang hakiki yang aku kerja sebelum ini iaitu pereka grafik, kini aku bekerja sebagai rider foodpanda sepenuh masa dengan harapan dia akan merubah kehidupan aku.
 Inilah motor cari makan.
Minggu pertama kerja memang seronok, dia  punya jadual start dari hari rabu hingga ke hari rabu. Awal kerja jumlah jam yang aku buat tak banyak sangat. Maklumlah baru starting kerja nama dia.

Setelah seminggu bekerja ikutkan memang tak banyak penghantar yang aku hantar dan sedikit sahaja jumlah jam bekerja almaklumlah starting pertama kerja katakan. Hari ini aku menerima bayaran pertama foodpanda kiranya gaji pertama. 
Gaji pertama ku. 
Setelah aku meneliti akaun CIMB aku secara online hanya RM 39 sahaja masuk dalam akaun aku, tiba-tiba terasa down juga, mana tidaknya rasa letih juga kerja tapi dapat 39  ringgi sahaja aku mula terfikir Ohhh mungkin sebab jam kerja aku sedikit dan penghantaran aku tak banyak untuk seminggu, malah ada pemotongan juga untuk beg ping panda yang aku ambil di HQ tempoh hari. Mungkin ini ujian yang aku hadapi permulaan gelar Rider foodpanda. 

Untuk minggu ke 2 aku merancang nak mula pulun jam kerja, nak taruk kau-kau punya, nak tengok berapa aku akan dapat kumpulan kerja minggu ke 2. Dengar-dengar cerita ada yang boleh cecah RM 1k untuk seminggu (gratis).

Bab berapa aku dapat kumpul tips untuk 1 hari bekerja tu pernahlah cecah RM 5 dapat, kira lepaslah duit minyak kuda merah aku tu. Ada ketikanya aku punya sarapan, makan tengah hari dan minyak moto RM 10 untuk 1 hari punya kerja semuanya datang dari duit tips dari castemer foodpanda (lumayan bangat tu).

Perkara yang aku paling takut sekali sewaktu menunggang motosikal bila berlaku kemalangan macam ada satu rider foodpanda ni aku terserempak dia di Bandar Baru Bangi. Kesian mamat tu aku rasa paha dia patah dan motosikal  cari makan dia pun rosak, dikatakan budak Pahang dan dihantar oleh ambulance Pertahanan Awam ke Hospital Serdang semoga mamat ni sembuh dengan segala dan pekerja semula. 

Cabaran berikutnya belakunya jerubu yang tebal sekitar Putrajaya, catatatan IPU melebihi  200 paling tinggi masa tu, pemandangan sekitar Putrajaya waktu tu putih sahaja malah, keindahan Tasik Putrajaya pun tak lawa nampak. Terasa sangat apabila aku punya tekak mula rasa perit, asyik minum air banyak dalam 2 botol tu memang habislah waktu aku bekerja minum.
 View dari tingkat 15 Presint 17RK1
Seperkara lagi benda yang tak diduga ini terjadi tiba-tiba motor breakdown tengah-tengah ambil order di vendor nak start motor langsung tak hidup, bateri ada, minyak ada 2 takuk lagi tapi tak mahu hidup langsung, tak ada tanda nak hidup langsung. Masa tu memang kecewa gilalah, customer tengah tunggu order dia ni.  Waktu itu jugalah rider² tengah cedok oder semahunya (Waktu launch hours daaaaaa). Nak tak nak chat dengan CC bagitahu suruh hantar rider bantuan untuk hantar order yang aku tak dapat hantar tu.


Apa lagi kena tunda lah motor aku kena bawa balik rumah. Kebetulan ada rider foodpanda ni yang datang ambil order aku tu dia datang semula pada aku dia kata dia boleh tundakan aku sampai ke rumah aku jadinya tunda lah dia sampai rumah aku tak cukup lah tidak jauh mana rumah aku tu. Sampai je rumah aku, berterima kasih banyak dengan member aku ni Thank you Broo, jasamu ku kenang.
TW MOTOR WORKS
Sekali pomen cek bateri OK, minyak OK, electronic yang pada bateri Ok dan Bila ke bawah bahagian stater moto sekali nampak wayar putus yang menghubungkan bateri dengan stater (Patutlah tak hidup). Setelah disambung semula dan dibalut kebelnya dengar tali type hitam, apabila distart Alhamdulillah  hidup semula. Dapatlah aku merempit macam biasa esoknya. 


Selepas hampir 2 bulan aku berhempas pulas ride Panda ini akhirnya aku dinaikkan ke batge 1, kiranya masa ni 1 oder aku hantar RM 5 lah dapat. 
Hasil usaha tanpa jemu.

1 jam bekerja Rm 4 juga dapat. Banyak boleh dapat minggu baru ni, bolehlah aku selesaikan hutang² along yang banyak tu. Untuk batge 1 ni gaji tertinggi yang pernah dapat untuk kerja 1 minggu Rm1,262.00 sahaja (seram kan). Hari² kerja 2 shift 10 jam hingga 12 jam sehari, tapi memang berbaloi sangat. 

No comments:

Search This Blog