Berakhirlah Sudah Segalanya (Perubahan Dari Zon Selasa)

Bermula tahun 2000 hingga kini 2019, selama 19 tahun aku bergelumang dalam dunia komputer graphic, tanggal 16 Ogos 2019 aku meluahkan segala isi hati pada majikan berkenaan permasalahan yang aku alami sekarang dan untuk terus service dalam hidup ini.

Majikan aku memahami dan menerima setuasi sekarang, jadi dengan keputusan syarikan masih beroperasi tetapi tiada pekerja dan pekerja tidak membuat caruaman KWSP dan Perkeso, bayaran gaji  hanya dibuat atas komisen sahaja.

Aku mula memikirkan hal ini 2 bulan sebelum ini. Mula awal tahun 2019 lagi, syarikat kurang sangat mendapat job² untuk kerja² percetakan, malah aku mulai perasan sejak 3 tahun kebelakangan ini aku sudah tiada job over time lagi.

Dalam tempoh 2 bulan ini aku agak kesempitan duit, mulalah aku meminjam dari kawan, mengambil wang advance dari gaji ku, malah wang simpanan Tabung Haji ku sekarang hanya berbaki RM 10 sahaja daripada RM 1,700 hasil potongan gaji bulanan ku sebanyak RM 20 sebulan. Mana tidaknya anak² perlulah makan minum, keperluan sekolah, wang belanja harian sekolah, yuran tuisyen lagi, wang belanja anak yang duduk asrama (MRSM), keperluan belanja harian keluarga, bil utility yang semakin tertungak (bulan² aku hanya bayar berapa yang termampu sahaja). 

Aku mula fikirkan kena buat sesuatu sebelum tibanya hujung tahun, macam biasa hujung tahun mesti aku kena sediakan dalam RM 3k untuk keperluan sekolah anak tahun baru. Aku mula terfikir nak buat Foodpanda area Putrajaya. Jadi untuk menambah pengetahuan aku tentang foodpanda ini, YouTube menjadi tempat rujukan, jadi banyak Vblog dari rider panda aku tonton untuk menimba pengalaman dari orang lain untuk aku gunakan nanti.
Iklan yang selalu keluar di FB aku.
Pendaftaran secara online saja aku buat, sehinggalah diberi no untuk WhatsApp abang kawasan yang menjaga rider panda area Putrajaya. (name dia Iwan, muda sangat budaknya awal 20th). Pada 20 Ogos 2019 jam 5.30pm bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 16 Putrajaya, bermulalah sesi training dan pendaftaran sebagai rider Foodpanda, jam 10 pm baru habis. 
Sesi training dan pendaftaran.
Maka sekeping foto selfi, lesen memandu dan rodtex motosikal diuplode secara atas talian, sebabnya HQ nak periksa dulu layak @ tidak permohonan itu. Kalau lepas semuanya akan diberikan id no bagi setiap rider dan perlu diaktifkan di HQ. Wang tunai sebanyak RM 150 perlu disediakan bagi mendapatkan bag ping Foodpanda, T-Shirt 2 helai dan 1 raincoat FP. Apa yang aku tahu yang 150 tu akan dipulangkan semula apa bila ingin menamatkan perkhidmatan dengan foodpanda dan bag ping tu dikembalikan semula. Maka kenalah tunggu apa keputusannya dapat @ tidak. Aku menanti dan terus menanti. Setelah 5 hari berlalu. 
SMS dari foodpanda. 
Akhirnya aku menerima SMS dari foodpanda hampir jam 1 pagi dan jam 2.20 am aku menerima whatapps dari abang kawasan FP Putrajaya dan diberikan sekali rider id untuk aku aktifkan di HQ besok paginya di KL. 

Apa lagi pada esok paginya terus ke HQ di Sauthgate Commercial Center KL, di mana aku perlu mengaktifkan id yang dapat malam takdi untuk membolehkan mula bekerja.


Sesi mengaktifkan id dengan lain-lain rider.
Bag Panda, baju 2 helai dan bag kecil panda. 
Ini bukti resit yang aku kena simpan, nanti kalau nak
berhenti dapat semula duit bagnya.
Inilah benda yang aku ambil dengan bayaran RM 150 untuk non Halal rider. New rider di minta memilah min 2 hari sesi untuk bekerja pada minggu ini, maka aku memilah hari rabu dan khamis bermula jam 10 am hingga 1 pm, cukuplah untuk 3 jam dahulu baru mula start ni, lepas ni boleh lah pulun 7 ke 8 jam sehari. Maka bermulalah episot baru dalam perjalanan hidup ku selepas ini, moga sukses hendaknya.
New rider panda Putrajaya. 
Maka dengan ini welcome foodpanda club Malaysia. 2 jadual bawah ini merupakan jadual pertama aku mula bekerja secara rasminya. 



Tempat job pertama aku ambil oder.
my motorcycle.
Bermula awal bulan 9 ini aku akan melalukan tugas ini secara Full Time area Putrajaya dan Cyberjaya, kalau teserempak tu pin pin lah ya. Kali ni aku merempit dapat duit lah :-)

Search This Blog