Seperti yang dijanjikan dalam versi Inggeris, kini sambungan dari kisah motosikal idaman diteruskan dalam versi Bahasa Melayu. Diam-diam dah dekat setahun rupanya penulis (aku) menggunakan motosikal idaman, sebenarnya bujet tak mampu pun nak dapat yang idaman punya. Dapat yang ni pun Syukur Alhamdulillah sesangat. Cari punya cari akhirnya aku berkenan dengan sebuah model Yamaha keluar terbaru Ogos 2016 iaitu model NMax Scooter 155cc.
Terpandang sahaja model ini terus aku JATUH CINTA macam cinta pandang pertama, peehhhhh terpegun aku dibuatnya, semak dia punya detail 155cc kira memang dah power dah tu. Model yang ada ni cuma dua color sahaja di Malaysia iaitu Matte Red dan Frozen Titanium.
Kalau ikutkan Yamaha keluarkan 4 color semuanya yang color merah ni jadi tarikan aku, menyerlah sikit nampak. Nak dapatkan warna ni aku siap kena bayar untuk booking dulu Rm200 kena kau. Tak silap aku dalam 2 minggu baru dapat.
Lepas sahaja aku dapat panggilan telefon dari kedai motosikal dia kata color yang aku nak itu sudah sampai, besoknya waktu pagi aku bawak motosikal lama tu nak bagi kedai pasal aku dah jual motosikal lama tu sanggup dia ambik dalam Rm1000 sahaja, pada aku kira tu dah cukup bagus, jadikan dia sebagai wang pendahuluan untuk motoskal baru, siap tukar nama dalam geran moto lama tu. Selamat tinggal motor ku, banyak sungguh kau berjasa pada aku dan keluarga ku.
![]() |
| Ni bawak clear sticker utuk kedai gunting |
Dapat sahaja motosikal baru tu terus aku bawak ke jalan Pudu KL untuk ambik flyers yang pelanggan aku tempah, baru tak baru, moto cari makan katakan. Bila sudah ada depan mata apa lagi aku tampal pelbagai sticker yang aku tempah sendiri dan design sendiri pada motosikal aku. Tengok atas kesusaian sticker jugak nak tampal tu.
Hingga akhir atikal yang aku tulis ini sudah 9 bulan (21193 km) aku gunakan, pendek kata memang memuaskan hati model ni. Moga moto aku ni terus sukses dalam aku menggunakannya.
Hingga akhir atikal yang aku tulis ini sudah 9 bulan (21193 km) aku gunakan, pendek kata memang memuaskan hati model ni. Moga moto aku ni terus sukses dalam aku menggunakannya.







