Macam ini lah perjalanannya ya.
Kekadang terfikir jugak, susahnya dugaan hidup ini. Kerja ada, tiap-tiap bulan dapat gaji tetap Rm1500 gitu (alḥamdulillāh). Kerja part time ada jugak buat bolehlah 3 ke 400 sebulan, ditambah lagi dengan cek google AdSense yang dapat hampir setiap bulan kurang-kurang USD 130. Kalau ikutkan total semua banyak tu tapi selepas tolak itu tolak ini paling banyak tinggal dalam Rm300, mengeloh jugak dibuatnya ya lah dengan sebanyak itu nak service 1 bulan punya belanja. Itu belum tolak api dan air lagi, tak kira dengan bil-bil Indah Water, cukai pintu, cukai tanah yang saban tahun kena bayar. Tu belum kira belanja sekolah anak-anak lagi paling kurang 1 hari Rm 15 juga habis. Kekadang Isteri tercinta kehabisan duit untuk belanja hari-hari kena juga hulur Rm10 untuk perbelanjaan hari itu dan hari-hari berikutnya sehingga depat gaji. Agak-agaknya lah gaji aku kena ada dalam Rm 5k sebulan cukup rasanya.
Teringat aku dalam kuliah maghrib kat masjid taman perumakan aku, penceramah tu kata "gaji yang dapat 5k, 10k, 1k tu merupakan ujian Allah pada setiap hambanya", memanglah kira rezeki gaji tu tapi disebaliknya dia sebagai ujian jugak kepada kita. Kalau dapat sikit biasanya mengelohlah kita kalau dapat banyak pulak "gemgam tak tirih" kalau pegang duit tu, memang ujian sungguh.