Kecilnya Nilai Ringgit Malaysia sekarang

TERASA BEBAN KOS SARAAN HIDUP MASA KINI...

"Bang jom pergi kedai 99 speedmart beli barang yang sudah habis tu" dalam kepala aku cuma terfikir "alamak aku ada Rm 50 sahaja sekeping, cukup ke nak beli, takpa-takpa harap-harap cukup". Sebaik sampai sahaja isteri aku terus ambil sabun basuh 2 jenis, 1 untuk kegunaan basuh baju putih sekolah anak lelaki aku (kalau seluar memang hitam sungguh jadinya) dan 1 lagu untuk cucian pakaian biasa kami yang guna pergi kerja. Kemudian capai pula roti dan pinat butter itu sahaja, terus pergi kuanter bayaran buat bayaran. 

Makan je lah beras sabsidi

"Bang-bang ikan bilis dah habis lah, jom pergi cari kat kedai budak Acceh tu"......aku hanya mengikut sambil-sambil mencongak cukup ke lagi duit ni. Cari punya cari ikan bilis tak cantik jadi tak jadi beli selepas itu isteri aku ambil udang segar untuk masak lemak rebung campur udang lepas itu tentulah santan kelapa sebiji punya. Setelah selesai buat bayaran isteri aku mengajak cari ikan bilis di kedai lain kedai 1Malaysia. Cari punya cari tak ada jugak ikan bilis yang dicari. 

Selasai sahaja aku pulang ke rumah, congak-congak dalam kepala "rasanya adalah baki lagi Rm 7 sahaja lagi" besok nak bubuh minyak motosikal lagi dengan duit untuk belanja anak sekolah rendah dan agama. Agak-agaklah berapa sahaja yang tinggal, mahu negative jadinya. Mengenangkan gaji lambat lagi nak dapat dalam 2 minggu, macam mana aku nak service ni.

Bila difikirkan tentang nilai ringgit Malaysia yang semakin susut nilai jadi takut pulak aku, ya lah bagi orang biasa-biasa macam aku ni yang gaji kasar sebulan Rm 1,450 sahaja memang sukar hadapi hidup ini. Rm 50 yang beli takdi tu sikit je dapat.

Nilai ringgit yang aku periksa sebentar takdi.

Jadi aku redo sahaja, hidup mesti teruskan usaha lagi dengan harapan ada lagi job-job (freelance job) yang menanti aku.

*Red itu MERAH lah...

Search This Blog